Turquoise Collection telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan sehingga kini ia telah menghasilkan berbagai jenis rekaan tudung yang berasaskan kain cotton. Sejak kali pertama tudung dari koleksi Turquoise dikeluarkan ianya mendapat sambutan yang baik dari pelanggan-pelanggan kami dan mereka sentiasa menantikan koleksi-koleksi terbaru dari kami. Terima kasih diucapkan kepada pelanggan-pelanggan yang sentiasa memberi galakan dan sokongan. Kami disini juga menawarkan pelbagai jenis fabrik cotton bersulam yang mempunyai berbagai warna yang cantik dan sejuk untuk dipakai. Fabrik-fabrik ini sesuai dijadikan baju kurung dan juga baju kurung moden. Selain itu kepada sesiapa yang lebih selesa memakai kasual, ia juga boleh dijadikan blouse mengikut fesyen yang anda inginkan. Kepada anda yang baru ingin mencuba koleksi kami, jangan berlengah-lengah untuk membuat pesanan kerana setiap rekaan adalah terhad. Insyaallah ianya selesa dipakai kerana kami disini sentiasa menjaga mutu bagi setiap rekaan kami. Untuk sebarang pertanyaan, anda bolehlah menghubungi kami melalui email: turquoisecollections@gmail.com


Happy Shopping !!!

Terma & Syarat

Untuk mengelakkan sebarang salah faham di masa akan datang anda harus membaca dan memahami Terma & Syarat yang tertera sebelum membuat keputusan untuk berurusniaga dengan Turquoise Collections.Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan di masa hadapan jika Terma & Syarat ini tidak dipatuhi oleh pihak pelanggan.Harap maklum.

  1. Turquoise Collections sangat mengalu-alukan kedatangan pelanggan yang serius dengan pembelian sahaja.
  2. Semua produk yang dijual adalah baru dan dalam keadaan baik.
  3. Harga yang tertera pada setiap produk adalah muktamad dan ianya TIDAK termasuk kos penghantaran.
  4. Kami menghormati polisi ' first come first served ' untuk mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang masa berurusniaga.
  5. Kami akan megesahkan jika produk yang ditempah ' ada / tiada ' di dalam stok sebelum proses urusniaga lanjut diteruskan.
  6. Tempahan hanya akan disimpan selama 2 hari bekerja dan jika tiada pembayaran penuh dibuat tempahan anda akan dibatalkan secara automatik.
  7. Setiap urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia dan bayaran boleh dibuat melalui Mesin Deposit Wang,Pindahan ATM atau secara Online ke akaun Turquoise Collections.
  8. Salinan slip pembayaran hendaklah diberi kepada kami melalui email atau sms no rujukan yang tertera di slip pembayaran.
  9. Setiap urusniaga adalah muktamad dan semua produk yang dijual tidak boleh di pulangkan atau ditukar dengan produk lain.
  10. Setiap pembeli haruslah memantau sendiri status penghantaran parcel/bungkusan mereka dengan menggunakan kemudahan " Jejak & Kesan " yang disediakan oleh Poslaju - National Courier dan pihak kami akan memberikan nombor siri setiap parcel yang dihantar sebagai rujukan.
  11. Warna produk yang tertera di dalam gambar mungkin sedikit berbeza dengan warna asal disebabkan pencahayaan kamera dan tertakluk pada 'setting ' skrin monitor yang berbeza.
Terima Kasih.